LAWATAN AKREDITASI ETAC DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM UITM CAWANGAN PULAU PINANG

Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan lawatan akreditasi dari Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) pada 11 Julai 2023 hingga 12 Julai 2023. Lawatan ini bertujuan bagi kelayakan dan pengikhtirafan akreditasi program Diploma Kejuruteraan Awam (EC110 & CEEC110) yang ditawarkan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. PKA telah menerima delegasi yang terdiri daripada panel penilai yang mewakili LJM iaitu Prof. Dr Mohd Mustafa Al Bakri bin Abdullah, Dr Mastura binti Azmi, dan Ir. Lau Win Sang.

Lawatan ini merupakan lawatan kali kedua setelah program Diploma Kejuruteraan Awam ini telah berjaya mendapat akreditasi penuh enam tahun tanpa interim pada tahun 2018. Kunjungan kali kedua ini adalah bertujuan untuk menyemak semula program berkenaan berdasarkan pencapaian kriteria yang telah ditetapkan di dalam Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) Standard 2020. Kelayakan dan pengikhtirafan yang diberikan oleh LJM ini melayakkan para pelajar Diploma Kejuruteraan Awam bergraduat dengan gelaran Pembantu Jurutera.

Pihak PKA turut berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel penasihat industri iaitu Ir. Dr. Hj. Azlan Bin Othman serta wakil industri dan alumni yang sudi meluangkan masa bagi memastikan kelancaran lawatan akreditasi berkenaan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PKA di atas usaha keras dan penglibatan secara komited bagi memastikan kelangsungan program yang ditawarkan.