AYER KEROH, 3 Oktober 2023 β Pada 3 Oktober yang lalu, program lawatan akademik ke Persada PLUS di Petaling Jaya dan Kawasan Rehat dan Rawat Arah Selatan Ayer Keroh, Melaka telah diadakan. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar AP246 7E seramai 26 orang bersama seorang pensyarah pengiring, Ts. Aimi Ashikin Hanib telah dianjurkan untuk mecapai salah satu objektif dalam melaksanakan tugasan projek tahun akhir pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan dengan kepujian (AP246), Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam. Para pelajar sudah mula bekumpul seawal pukul 7.30 pagi di hentian bas Kolej Pengajian Alam Bina. Seterusnya, mereka meneruskan ke destinasi yang dituju bermula ke Persada PLUS yang terletak di Petaling Jaya. Selesai sesi penerangan dan berkongsi ilmu dalam jam 10.30 pagi, lawatan ini diteruskan ke Kawasan Rehat dan Rawat Arah Selatan Ayer Keroh, Melaka dengan menaiki bas UiTM.
Penerangan lawatan ini merangkumi sistem-sistem yang komprehensif dan inovasi di jajaran Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang di sampaikan oleh pegawai-pegawai PLUS iaitu; Encik Mohd Faherman Fauzi, Puan Nordalhiyana Kadir, Puan Dinah Mohd Jeran, dan Puan Azwani Sham Azman Shah. Selain itu, penerangan termasuk Vehicle Management System (VMS), sistem kawalan dan keselamatan jajaran Lebuhraya di bawah pengoperasian PLUS dan sistem dari bilik kawalan PLUS. Penerangan terhadap pembinaan dan juga menaiktaraf sesuatu kawasan atau jajaran seperti kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah dan sistem penyelenggaraan lebuhraya turut di kongsi oleh mereka.
Program lawatan akademik ini adalah bagi melengkapkan tuntutan silibus untuk subjek Project Evaluation and Development (PED). Pelajar-pelajar dikehendaki mendapatkan maklumat berkaitan dengan tema projek βCadangan Pembangunan Semula dan Menarik Taraf Kawasan Rehat & Rawat di Malaysiaβ yang bercirikan kelestarian bangunan dalam menyokong usaha negara ke arah sebuah negara yang maju dengan dilengkapi sistem revolusi inovasi dan kelestarian pembangunan yang mampan.
Melalui program lawatan akademik ini pelajar-pelajar didedahkan kepada teknik dan prosedur pembangunan untuk menghasilkan cadangan simulasi projek Pembangunan Semula dan Menaik taraf Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang komprehensif. Selain itu, program ini juga dapat membuka ruang untuk pelajar mengumpul maklumat dalam mengkaji kesan sosial, ekonomi, alam sekitar dan budaya berkaitan dengan projek.
Banyak pengalaman dan objektif program yang dapat dicapai pada program lawatan akademik yang berlangsung selama sehari ini. Moga segala maklumat dan ilmu yang di sampaikan oleh pegawai-pegawai di Persada PLUS dan R&R Ayer Keroh dapat dimanfaatkan oleh pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi.