Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan lawatan akademik dari pihak Universitas Sebelas Maret Surakarta Indonesia (UNS) pada 8 Mei 2023 bertempat di ruang legar Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Samarahan 2 bagi merealisasikan teras strategik UiTM dalam mencapai pendidikan berkualiti dan juga kecemerlangan global. Lawatan ini membantu staf akademik bagi meningkatkan kualiti penyelidikan serta mewujudkan kerjasama global dengan pihak UNS khususnya dalam dunia penyelidikan. Menerusi lawatan ini, pihak UNS berpeluang memperkenalkan Program Doktor Ilmu Ekonomi (PDIE) serta membincang berkaitan penyelidikan bersama staf akademik Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Sarawak. Delegasi dari UNS dalam lawatan akademik ini terdiri daripada Profesor Dr Rahmawati, M.Si., Ak (Ketua Prodi 83 PDIE), Dr. Edy Supriyono, S.E.,M.Si.,Ak., CA (Dosen Prodi 81 Akuntansi), Dra Dr Siti Nurlaela,SE.,M.Si.,Ak.,CA (Mahasiswa PDIE) dan Mahameru Rosy Rochmat Hidayatullah,SE.,M.Si.,Ak (Mahasiswa PDIE). Wakil dari UNS juga membentangkan empat tajuk penyelidikan ketika hari kunjungan mereka di UiTM seperti berikut:
1. Pengungkapan Sosial Perusahaan Sebagai Mediasi Pengaruh Dewan Komisaris Terhadap Nilai Perusahaan: (Studi Empiris Pada Perusahaan Publik di Bursa Efek Indonesia).
Oleh: Supriyono, Edy (PhD)
2. Pengungkapan Akuntansi Emisi Karbon Perusahaan Indonesia.
(oleh: Rahmawati; Setiawan, Doddy; Aryani, Y Anni)
3. Pengaruh Political Connected, Corporate Social Responsibility, Good Corporate Governance, Memoderasi Forign Ownership Terhadap Nilai Perusahaan.
(Oleh: Nurlaela, Siti; Rahmawati; Widagdo, Ari Kuncara; Djuminah; Hartoko, Sri)
4. Analisis Kinerja Badan Usaha Milik Daerah Menggunakan Indeks Inisiatif Keunggulan Bisnis.
(Oleh Rochmatullah; Mahameru Rosy; Rahmawati; Probohudono, Agung Nur; Widarjo, Wahyu)
Program ini turut melibatkan seramai lebih kurang 65 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar pasca siswazah dan Ijazah Perakaunan (Semester 5 dan 7). Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Prof. Madya TS. ChM. Dr Mohammad Isa Mohamadin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak. Turut hadir adalah, pegawai pertanggungjawab MOU UiTM-UNS, Professor Dr. Corina Joseph, Cik Wan Juliana Emeih Wahid, Penyelaras Unit Hal-Ehwal Antarbangsa UiTM Cawangan Sarawak, Puan Hajah Dayangku Ruhayah Awang Bolhan, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan dan Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Sarawak serta pensyarah Fakulti Perakaunan. Aktiviti ini merupakan program pertama yang melibatkan kedua-dua universiti selepas pembaharuan memorandum persefahaman (MOU) yang diadakan secara maya pada 30 Mac 2023 yang lepas.