Setinggi-tinggi tahniah kepada LAr. Ts. Dr. Nurhayati binti Abdul Malek, pensyarah kanan Pusat Pengajian Senibina Landskap, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor atas pelantikan sebagai ‘ILAM Committee of Education’ (ILAM CoED) bagi tahun 2020 hingga 2023 oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM).
Melalui lantikan ini, LAr. Ts. Dr. Nurhayati binti Abdul Malek akan memainkan peranan penting di dalam merancang dan merekabentuk halatuju, dasar dan strategi pelaksanaan program pendidikan senibina landskap bagi pihak ILAM.
Selain itu, pelantikan ini juga menjadi peluang bagi Pusat Pengajian Senibina Landskap dalam memastikan penglibatan pusat pengajian dan pelajar senibina landskap UiTM dengan program-program pendidikan dan professional yang dianjurkan oleh ILAM.
Tahniah sekali lagi kepada LAr. Ts. Dr. Nurhayati binti Abdul Malek di atas lantikan ini, semoga dapat merapatkan lagi hubungan Universiti Teknologi MARA dengan pihak badan professional dan industri senibina landskap di Malaysia.