Kursus Perancangan Organisasi SMF FSK

Kursus Perancangan Organisasi SMF FSK

29 Februari 2020 – Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menyelesaikan satu program kursus perancangan organisasi yang saban tahun diadakan, di mana program ini merupakan program wajib bagi Fakulti Sains Kesihatan bagi mengetahui pengurusan yang betul dalam struktur organisasi.

Selain itu, tujuan utama pihak fakulti mengutamakan program ini sebagai program wajib adalah untuk melahirkan mahasiswa yang berkarisma dan berfikiran kritis dan kreatif, cekap dalam pengurusan, perancangan dan membuat keputusan. Seramai 130 orang mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan yang terdiri daripada 40 ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan 10 wakil dari setiap persatuan telah terlibat dengan program ini. Program ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Fauzli bin Yusof yang merupakan penasihat program tersebut.

Kursus Perancangan Organisasi SMF FSK

Dalam pengisian program Kursus Perancangan Organisasi ini, pembentangan dan penerangan tentang perlaksanaan kertas kerja oleh saudari Sharifah Nurnajiihah Binti Syed Rosli, Presiden SMF. Selain itu, penerangan berkaitan penyediaan surat semasa program oleh saudari Siti Norzulaika, Setiausaha Agung SMF dan Nurul Asyiqin Timbalan Setiausaha SMF. Seterusnya, slot ketiga diteruskan dengan penerangan tentang pengisian borang – borang bendahari oleh saudari Nur Azatul Sufi Syazwani,Bendahari SMF.

Pengisian program ini diteruskan lagi dengan pembentangan tentang protokol dan logistic dalam program oleh saudara Mohamad Shahidan dan saudari Nur Kamila, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pembentangan ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar untuk melaksanakan tugas dalam sesebuah program.

Melalui program Kursus Perancangan Organisasi ini juga, para mahasiswa telah mendapat banyak maklumat baru dan berguna untuk dipraktikkan di dalam persatuan masing-masing dan menambahbaik susun atur organisasi mereka. Ianya akan membantu mereka membina organisasi yang lebih baik dari sebelumnya.

Dengan adanya, program seperti ini, terbukti bahawa fakulti kita memerlukan lebih kerap program seperti ini untuk menaikkan nama setiap persatuan dan mengasah potensi dalam diri mereka dari segi kepimpinan.

Foto berkaitan:

Kursus Perancangan Organisasi SMF FSK Kursus Perancangan Organisasi SMF FSK Kursus Perancangan Organisasi SMF FSK

Oleh: Nurul Syuhada Mohd Sobri, Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Kesihatan (FSK)