Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia

Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia

Seramai 27 delegasi yang terdiri daripada 24 orang mahasiswa dan 3 orang staf akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah telah berkampung selama 6 hari 5 malam di Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia, bermula pada 12 Februari 2020 sehingga 17 Februari 2020 yang lalu, bagi menjayakan program Jelajah Budaya Negara Serumpun. Program ini merupakan hasil kolaborasi di antara dua buah persatuan pelajar iaitu Kelab Sahabat dan Persatuan Bahasa Arab, diketuai oleh saudara Syed Muhammad Nor Fahmi Toha selaku pengarah program.

Melalui program ini, mahasiswa berpeluang untuk mengadakan aktiviti khidmat bakti bersama dengan masyarakat setempat di Desa Pongkar, meliputi aktiviti keluarga angkat, aktiviti pembelajaran bersama dengan kanak-kanak di Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) Nusa Indah dan Taman Kanak-Kanak Mekar Sari, aktiviti pembelajaran Bahasa Arab bersama dengan para pelajar di Taman Pengajian Quran (TPQ) Baitulhuda dan TPQ Nasrullah, aktiviti khidmat masyarakat bersama dengan para pelajar di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 005, 006 dan 011, aktiviti sukaneka di sekitar Pantai Ketam, dan juga Malam Kebudayaan sebagai malam penutup program Jelajah Budaya Negara Serumpun.

Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia

Selain itu, mahasiswa juga berpeluang mempelajari adat dan budaya masyarakat di Desa Pongkar yang telah ditonjolkan oleh kaum ibu melalui masakan tradisi yang istimewa seperti bolu singkong, gobak, kelecak, laksa goreng dan banyak lagi. Sementara itu, mahasiswa juga turut diajar pergerakan tarian joget dangkong yang merupakan tarian tradisional di Kepulauan Riau.

Malam penutup program Jelajah Budaya Negara Serumpun ini telah diserikan dengan pelbagai persembahan daripada masyarakat setempat, selain persembahan dikir barat dan tarian sumazau oleh mahasiswa UiTM Kuala Pilah. Selain itu, turut diadakan majlis penyerahan semula anak angkat yang telah diketuai oleh Tn. Hj. Muhammad Jahid selaku Kepala Desa Pongkar, kepada pensyarah pengiring merangkap penasihat persatuan iaitu Ts. Siti Nafisah Md Rashid, Cik Nor Fadhlin Jaafar dan Cik Norshida Hashim mewakili pihak UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.

Foto berkaitan:

Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia Bakti Sosial Antarabangsa Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ke Desa Pongkar, Pulau Karimun, Indonesia