Kursus Penjagaan Selepas bersalin

PULAU PINANG, 30 Mei 2023 – Program “Kursus Penjagaan Selepas Bersalin” yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dibawah tajaan Northern Corridor Economic Region (NCER) yang telah bermula pada 27 Mei 2023 dan akan berlangsung selama lima minggu di UiTM Kampus Bertam.

Program bertujuan untuk memberi latihan mengenai teknik penjagaan selepas bersalin yang betul kepada peserta. Selain itu, kursus ini diadakan bertujuan untuk menaikkan taraf hidup peserta yang rata-ratanya terdiri daripada golongan B40.

Latihan yang disediakan termasuk kelas teori dan praktikal; seperti urutan selepas bersalin, teknik pengurusan bayi, penyediaan makanan, teknik pengendalian pesakit dan lain-lain. Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah UiTM dan juga tenaga pengajar institusi luar.

Tahniah diucapakan kepada Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Diharapkan program seperti ini dapat melahirkan pengamal penjagaan selepas bersalin yang lebih kompeten dan berketerampilan.