Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menyelesaikan satu program Kursus Pengurusan Strategik tahun 2020 yang setiap penggal diadakan, di mana program ini merupakan program wajib bagi Fakulti Sains Kesihatan bagi memberi pendedahan kepada para mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan mengenai penguasaan konsep Pengurusan Strategik yang konstruktif bagi jangka masa pendek dan panjang.
Program ini dapat melahirkan pemimpin yang berkarisma, berfikiran kritis dan kreatif serta cekap dalam pengurusan, perancangan dan membuat keputusan dalam berorganisasi. Seramai 73 orang mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan yang terdiri daripada 4 wakil dari setiap persatuan, 12 orang VIP yang terdiri daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan penasihat dari setiap persatuan, 2 orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta 19 orang pelajar daripada jawatankuasa pelaksana yang telah terlibat dengan program ini. Program ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Fauzli bin Yusof yang merupakan penasihat program tersebut.
Melalui program Kursus Perancangan Strategik 2020 ini juga, para mahasiswa telah mendapat banyak maklumat baru dan berguna untuk dipraktikkan di dalam persatuan masing-masing dan menambahbaikkan susun atur perancangan program-program yang akan mereka laksanakan. Ianya membantu mereka merancang sesuatu program dengan lebih sistematik serta membina organisasi yang lebih baik dari sebelumnya.