Lawatan Naib Canselor UiTM dan Timbalan Naib Canselor HEP ke Kolej Perindu

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan tirai Ramadhan bukan penghalang bagi pihak pengurusan Kolej Perindu untuk menyediakan 200 bekas bubur cha cha sebagai menu tambahan berbuka puasa yang telah diagihkan kepada para pelajar yang masih berada di kolej sepanjang PKP berlangsung. Ini merupakan inisiantif yang digerakkan oleh Encik Sumardianshah Bin Silah, Pengetua Kolej Perindu dan dibantu oleh barisan Staf Residen Kolej (SRK) yang mengetuai dalam penyediaan bahan-bahan dan mengajar cara memasak.

Persiapan dan penyediaan 200 bekas bubur cha cha juga telah dibantu oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu serta enam badan Majlis Bertindak Kolej Perindu yang terdiri daripada wakil setiap unit iaitu Unit Majlis dan Protokol, Unit Rakan Surau, Unit Task Force, Unit Keusahawanan, Unit Multimedia dan Unit Sekretariat. Penyediaan bahan dimulakan seawal jam 5.00 petang seperti memotong sayur, mencuci bahan dan sebagainya.

‘Social distancing’ masih relavan dan menjadi panduan utama serta dipratik bersama dalam penyediaan bubur cha cha tersebut sebagai menyahut seruan atau arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa PKP berlangsung. Sesiapa yang terlibat dalam penyediaan tersebut juga diminta menjaga tahap kebersihan dengan memulakan sanitasi tangan dan mencuci tangan sebagai langkah-langkah pencegahan dan mengutamakan tahap kebersihan.

Barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih di atas kunjungan YBhg. Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan YBhg. Prof. Dr. Azizan Abdullah Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM yang sudi datang ke Kolej Perindu untuk melawat dan mengagihkan bubur cha cha kepada penghuni Kolej Perindu.

Pihak pengurusan kolej juga mengucapkan kalungan jutaan terima kasih kepada pemberi sumbangan bahan-bahan penyediaan terutamanya para alumni Kolej Perindu. Secara tuntasnya, aktiviti sebegini rupa amatlah sesuai dipratikkan dalam kalangan pelajar dalam mewujudkan nilai kerjasama, sukarelawan, syukur dan bersatu padu untuk menjayakan pengagihan. Harapnya aktiviti sebegini rupa menjadi teladan dan contoh yang baik.