PUNCAK ALAM – Program Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran Persatuan Pelajar Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam telah diadakan melalui platform aplikasi Google Meet. Seramai 46 orang pelajar termasuk 9 orang penganjur, 6 penceramah jemputan dan 31 peserta terlibat dalam menjayakan program ini. KPO MELTECH 22 ini telah dirasmikan oleh Penasihat 2 persatuan, Cik Salina Binti Shafie.
Program ini merupakan usaha Majlis Tertinggi MELTECH 22 untuk memberikan pendedahan dan informasi berkenaan skop kerja dan aliran tugas setiap biro dalam pengendalian program. Penceramah yang dijemput merupakan mantan Majlis Tertinggi dan mantan EXCO Multimedia, Publisiti dan ICT MELTECH 21.
Pengarah program, Encik Muhammad Faiz Bin Samsulmuddin berkata, program sebegini amat diperlukan sebagai persediaan awal bagi ahli jawatankuasa MELTECH 22 untuk menganjurkan program pada masa akan datang. Beliau juga berharap agar semua ahli jawatankuasa yang menyertai program ini dapat menggunakan ilmu yang diberikan sebaik mungkin sekaligus mengasah bakat kepimpinan yang ada dalam diri mereka.
“Selain itu, diharapkan semua ahli jawatankuasa juga dapat komited dalam menguruskan organisasi dengan lebih baik seterusnya mengharumkan nama MELTECH dan UiTM. Hal ini sejajar dengan usaha kita untuk memperkenalkan UiTM sebagai sebuah universiti yang mementingkan pembinaan soft skills dalam kalangan mahasiswa.” katanya.