Kota Kinabalu – Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan program Kursus Pengendalian Makanan dengan kerjasama Staf Residen Kolej (SRK), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Hospitality and Tourism Training Centre (HTTC) UiTM Cawangan Sabah pada 11 Disember 2021 yang lalu.
Program Kursus Pengendalian Makanan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Sabah ini merupakan salah satu Strategic Action Plan UiTM Cawangan Sabah di Peringkat Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan objektif menganjurkan value added program with certification authorized organization. Program ini menfokuskan cara-cara penyediaan dan pengendalian makanan dengan cara yang betul dan bersih dari Modul Pensijilan Kementerian Kesihatan Malaysia serta pensijilan kursus ini boleh digunapakai seumur hidup di Malaysia.
Cik ‘Umairah Binti Abd Khalid merupakan penceramah jemputan (certified trainer) bagi program Kursus Pengendalian Makanan. Beliau juga merupakan salah seorang pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Sabah, certified trainer di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan berkepakaran dalam pengendalian dan penyediaan makanan. Kursus ini dijalankan secara bersemuka bertempat di Hospitality and Tourism Training Centre (HTTC) UiTM Cawangan Sabah dihadiri oleh 30 pelajar peringkat Diploma/ Ijazah yang tinggal di Kolej Kediaman Mabul, Mantanani dan Manukan, UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu menerusi dua sesi latihan mengikut Standard Operational Procedure (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengurangkan penularan Wabak Covid 19.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Muhd Zahimi Din Janai, Penolong Pendatar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Sabah. Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar akan pentingnya mengendali makanan yang bersih, mengikut piawaian dan sihat disamping mengekalkan cara hidup yang sihat supaya isu keracunan makanan tidak lagi timbul dalam kalangan pelajar. Program ini juga bertujuan untuk mempersiapsiaga pelajar yang akan bergraduan sekiranya pelajar ingin menggunakan sijil pengendalian makanan setelah tamat pengajian. Selain mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar dan pihak Staf Residen Kolej menyediakan pelajar dengan pensijilan dari organisasi yang diiktiraf kerajaan Malaysia serta memupuk sifat mementingkan kebersihan dalam kalangan pelajar.
Puan Nurul Huda Roslan , Penasihat Program memaklumkan bahawa sudah menjadi salah satu tanggungjawab Jawatankuasa Perwakilan Kolej dalam membantu pelajar dari pelbagai sudut bukan sahaja dari segi akademik dan ekonomi, tetapi juga kebolehpasaran pelajar. Oleh itu, melalui program ini, ianya banyak memberikan impak besar bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga kepada universiti dan masyarakat. Bagi para pelajar, bukan sahaja ilmu kebersihan dan kesihatan makanan tetapi mereka juga mendapat pengiktirafan pensijilan kursus pengendalian makanan yang merupakan syarat utama untuk mengendalikan makanan.
Selain itu, program ini juga memberikan banyak impak insaniah kepada para peserta terutamanya meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan para pelajar. Bagi pihak universiti pula, program ini membantu pencapaian PI universiti dalam memperolehi kecemerlangan pelajar dan bagi masyarakat, dengan adanya sijil pengiktirafan kursus pengendalian makanan ini, para peserta yang berminat membuka restoran atau sebagainya, mereka boleh menggunakan sijil ini untuk mengendalikan makanan dan hal ini dapat memberikan peluang pekerjaan bagi masyarakat di luar sana.
Kesimpulannya, program Kursus Pengendalian Makanan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Sabah ini banyak memberikan impak positif kepada para peserta terutamanya berkenaan pengendalian makanan dan ilmu serta pengalaman yang diperolehi dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian dan menambah nilai kemahiran insaniah para pelajar.