UiTM Cawangan Sarawak Berjaya Anjur Majlis Penganugerahan Dipolma/Ijazah Universiti Teknologi Mara 2021 Secara Janji Temu

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah mengadakan Janji Temu sempena Penganugerahan Diploma dan Ijazah Universiti Teknologi MARA (UiTM) kali ke 92 mengikut Norma Baru selama 3 hari pada 20 Disember 2021 sehingga 22 Disember 2021 bertempat di Dewan Jubli, Kampus Samarahan.

Ekoran daripada pandemik yang masih melanda negara kita masa kini, satu pendekatan dan kaedah baru telah dibuat iaitu penganugerahan secara janji temu bagi menganugerahkan diploma dan ijazah kepada semua graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah

Dianggarkan kira-kira 700 pelajar telah menghadiri janji temu ini mengikut kesesuaian tarikh dan masa yang telah dipilih oleh graduan. Janji temu ini telah dibuat mengikut SOP yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak SDMC.

Semua graduan dan ibu bapa telah diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan seperti menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan hadir seperti mana masa janji temu yang telah dipilih bagi mengelakkan kesesakan di dalam kampus.