Kursus Pembangunan Organisasi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU – Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama Staf Residen Kolej (SRK), Unit Kemudahan Kolej dan Pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Kursus Pembangunan Organisasi pada 24-25 Februari 2022 di Kolej Manukan, UiTM Cawangan Sabah.

Program yang disertai seramai 22 pemimpin pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) UiTM Cawangan Sabah yang mewakili Kolej Manukan, Kolej Mabul dan Kolej Mantanani memperincikan pengisian program merangkumi Nilai iDart dan ESI UiTM dalam Modul Pembangunan Personaliti, Peranan dan Tanggungjawab JPK, Pembentukan Keperibadian, Kerjasama Kumpulan, Komunikasi dan Latihan Dalam Kumpulan yang diketuai oleh Encik Mohd Khairun Hafizan Yusop dan Encik Kaffali Pendik.

Program telah dirasmikan oleh Ketua SRK Encik Azry John dan fasilitator program yang terlibat adalah terdiri dari barisan SRK UiTM Cawangan Sabah Encik Mohd Khairun Hafizan Yusop, Encik Kaffali Pendik, Encik Asley Josley, Encik Mohd Razmynizam Rahman, Encik Mohd Hisham Salleh, Encik Noradzely Amat Darmawi, Puan Haslinah Kulin, Puan Majidah Hassan, Puan Nurul Huda Roslan, Puan Norayati Nordin dan Encik Ahmad Ghazali Ismail. Majlis Perasmian Penutup turut dihadiri oleh Pengurus Asrama Kanan, Encik M. Amran Pardi.