KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BAKAT BERASASKAN KOMPETENSI UiTM CAWANGAN SABAH

KOTA KINABALU, 4 Julai 2023 – Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sabah dengan Kerjasama Pusat Pembangunan Kompentensi (PPK) ILD, UiTM telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi Staf Akademik dan Staf Pentadbiran di Menara Wibawa UiTM Cawangan Sabah.

Warga UiTM Cawangan Sabah amat bertuah kerana mendapat peluang menjalani latihan kompentensi bersama pakar rujuk dari ILD UiTM melalui ceramah “Unlocking the Path to High-Impact Publications: A Research Talk for Academic Success” dan “Empowering Academic Excellence: Publication in Prestigious Academic Journals” oleh Pengarah Pusat Pemprofilan dan Penilaian ILD UiTM, Professor Dr Zuraidah Mohamad Sanusi dan Pengurusan Bakat Berasaskan Kompentensi oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Merangkap Pengarah Pusat Pembangunan Kompentensi ILD UiTM, Ts. Mohd Rafizi Rahmad.

Ilmu itu pelita hati, melalui kursus ini, warga UiTM Cawangan Sabah mendapat manfaat dalam menambah nilai pengurusan bakat berasaskan kompentensi dan meningkatkan pengetahuan yang dapat diaplikasikan dalam mencapai sasaran kerja tahunan (SKT) dan mencapai matlamat universiti.