Kursus Bakal Pegawai Untuk Pegawai Kadet Sispa (PKS) Batch 49 Korsispa UiTM Cawangan Pahang 2023

KorSispa UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan Kursus Bakal Pegawai untuk Pegawai Kadet Sispa (PKS) Batch 49 bermula 29 Mei 2023 hingga 2 Jun 2023 di Kampus Jengka.

Penglibatan PKS dalam kursus pada kali ini adalah seramai 41 orang di mana 24 orang daripada Kampus Jengka dan 17 orang daripada Kampus Raub.

Ini merupakan kursus keempat daripada lima kursus yang wajib mereka hadiri untuk melengkapkan mereka ditauliahkan sebagai Pegawai Staf Muda nanti. Kursus yang para PKS telah hadiri adalah Kursus Asas, Kursus FRLS,  Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan, dan Kursus Bakal Pegawai. Mereka hanya perlu hadiri satu lagi kursus iaitu Kursus Metodologi Kejurulatihan yang dijangka akan dijalankn pada cuti semester ini.

Pada 1 Jun 2023 , jam 8.15 malam pula telah diadakan Majlis Makan Malam dan Penutupan Kursus Bakal Pegawai KorSispa Tahun 2023 di Bilik Serbaguna Tun Teja Kampung Jengka.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YS Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dr Fauzi Azmi selaku Timbalan Komandan KorSispa UiTM Cawangan Pahang.

Turut hadir para jurulatih Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) yang diketuai oleh Kapten (PA) Hafizi, Ketua Sekolah Pengurusan Personal.

Para Pegawai Bersekutu KorSispa UiTM Cawangan Pahang yang turut hadir meraikan majlis ini adalah :
1. Mejar Bersekutu (PA) Mohd Risham bin Jaafar – Ajutan
2. Leftenan Bersekutu (PA) Haji Faizat bin Hasan – Pegawai Latihan
3. Leftenan Bersekutu (PA) Norshasila binti Kalam – Pegawai Pentadbiran

Kursus ini telah dikendalikan oleh Staf Muda (PA) Nurul Aziezuliawatie binti Abdullah – Pegawai Penyelaras , Leftenan Bersekutu (PA) Norshasila binti Kalam – Pegawai Pentadbiran dan team senior KorSispa serta bantuan jurulatih daripada PULAPAT.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua PKS yang telah berjaya menamatkan kursus ini.