MELAKA, 11 September 2023 – Seramai 29 perajurit muda UiTM Askar Wataniah UiTM Melaka telah berjaya menamatkan kursus Asas perajurit muda sukarela (APMS)siri 4/2023 bermula pada 14 Ogos hingga 11 September 2023 bertempat di Rejimen 514 Askar Wataniah Kem Bukit Beruang Melaka.
Kesemua perajurit muda ini telah menjalani latihan Asas ketenteraan seperti latihan pembentukan sahsiah rupadiri,pengetahuan am ketenteraan, pengendalian senjata ,latihan jasmani dan kemahiran perang. Disamping itu mereka turut diterapkan dengan latihan kerohanian dan moral.
Perbarisan kali ini menyaksikan seramai 3 pelatih UiTM Melaka yang telah memenangi pelbagai kategori antaranya Perajurit Muda Nurul Fitriah Ahmad Kusaini memenangi acara menembak, Perajurit Muda Junainah Suwandi acara kawad kaki terbaik dan Perajurit Muda Nurul Atikah Ali muncul sebagai penuntut terbaik keseluruhan manakala Aznur Athirah dari Unimel telah muncul sebagai penuntut terbaik akademik.
Dengan tamatnya latihan ini, Rejimen Askar Wataniah UiTM Melaka menjadi elemen terpenting yang boleh diatur gerakkan sekiranya berlaku ancaman pada kedaulatan negara.
Turut hadir Komander Rejimen 514 Kolonel Datuk Yusuf Jantan, Timbalan Komander Rejimen Lt. Kol Mohamad Nasaruden Md Hasan, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Melaka Encik Mior Hisammuddin Arifin, Encik Nor Asree Mohd Noh, Timbalan Hal Ehwal Pelajar Unimel serta Encik Mohammad Nawawi Saad, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Yayasan Melaka.
Tahniah buat semua anggota Rejimen Askar wataniah UiTM Cawangan Melaka.
Tentera Darat Gagah Setia!