17 Julai 2023 / ISNIN: Satu Kursus Asas Penggunaan Alat Spectroradiometer Untuk Pertanian telah berjaya diadakan pada pagi tadi. Kursus ini merupakan anjuran RIG Climate Change and Environment (CCE) dengan kerjasama Kolej Pengajian Alam Bina dan Unit Penerbitan Dan Kecemerlangan, Bahagian Penyelidikan, Jaringan industri, Masyarakat, Keusahawanan dan Alumni (PJIM&A), UiTM Cawangan Perlis melibatkan seramai 30 orang peserta terdiri daripada para pensyarah, agensi luar, pelajar pascasiswazah dan pelajar Ijazah Sarjana Muda.
Pada sesi pertama kursus ini disampaikan oleh Dr Rohayu Haron Narashid tentang pengenalan kepada teori Penderiaan Jauh (Remote Sensing) bagi penggunaan spectroradiometer untuk pertanian. Selesai perkongsian ilmu tersebut, para peserta ke unit Ladang untuk sesi lapangan tentang penggunaan dan pemprosesan spectrometer yang disampaikan oleh Dr Nafisah Khalid (Pensyarah Kanan, UiTM Shah Alam)
Para peserta turut diberikan peluang mengendalikan alat spectroradiometer dengan pelbagai jenis tumbuhan di unit Ladang dan penerangan tentang analisa keputusan spectroradiometer yang diperolehi semasa lapangan.
Hasil penggunaan teknik remote sensing dan penggunaan spectroradiometer sangat membantu dalam pengurusan dan pemantauan dalam sektor pertanian. Semoga kursus sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Galeri Gambar: