KOTA KINABALU, 10 Mac 2023 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Sabah, Unit Pengurusan Kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Kursus Asas Kepimpinan Kolej bagi memberi persediaan dan pendedahan kepada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) 2023 pada 7 – 10 Mac 2022. Program ini telah dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Sabah Datuk Prof Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline dan Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Datin Dr. Rafidah @ Malissa Salleh.
Kursus Asas Kepimpinan Kolej UiTM Cawangan Sabah merupakan program kepimpinan pelajar, pengurusan organisasi, penyediaan dan pembentangan kerta kerja bagi perancangan aktiviti pembangunan pelajar bagi sesi Mac 2023. Kursus ini dimulakan dengan Modul Kepimpinan Pelajar, Modul 3K (Kepimpinan, Komunikasi dan Kerja berpasukan) dengan penceramah pensijilan NLP seperti Tuan Mohd Khairun Hafizan Yusop dan Puan Nurul Huda Roslan. Kursus ini turut dihadiri oleh Ketua SRK Encik Azry John, dan SRK Kolej UiTM Cawangan Sabah sebagai fasilitator iaitu Puan Norayati Nordin, Puan Haslinah Kulin, Ustazah Majidah Hassan, Imam Asley Josley, Encik Mohd Razmynizam Rahman, Encik Mohd Hisham Salleh, Encik Ahmad Ghazali Ismail, Encik Noradzely Amat Darmawi, dan Encik Kaffali Pendik.
JPK UiTM Cawangan Sabah diketuai oleh Presiden, Saudari Dayang Qaisarah Bt Zulkarnain dan dibantu oleh Timbalan Presiden 1 Kolej Manukan – Saudara Daryl Junior Dave, Timbalan Presiden 2 Kolej Mabul- Saudari Vannescie Wini Anak Jaw, dan Timbalan Presiden 3 Kolej Mantanani- Saudari Rachell Requell Parinus. Program ini juga melibatkan penyertaan dari 24 JPK UiTM Cawangan Sabah yang sangat komited dan berkepimpinan. Penerangan berkenaan prosedur aktiviti pembangunan pelajar, peraturan kolej, prosedur kewangan dan protocol majlis juga turut diadakan bagi membantu pelajar dalam Penyediaan dan Pembentangan kertas kerja aktiviti pembangunan pelajar anjuran JPK UiTM Cawangan Sabah.