Kunjungan Pusat Pengajian Siswazah , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke Institut Pengajian Siswazah (IPSis)

Institut Pengajian Siswazah (IPSis) telah menerima kujungan dari Pusat Pengajian Siswazah , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 September. Tujuan kunjungan yang ulung kali diadakan ialah sebagai kunjungan penanda aras UIAM ke IPSis bagi mendapat perkongsian mengenai amalan-amalan yang di jalankan di IPSis. Antara perkongsian amalan yang di bincangkan ialah amalan berkaitan Penyelidikan, Kerja Kursus dan proses Pengambilan Pelajar. Majlis di akhiri dengan sesi soal jawab mengenai isu isu pelaksanaan proses yang melibatkan pasca siswazah.