Kunjungan hormat UiTM ke kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan

Pada 4 Jan 2021, kunjungan hormat pihak pucuk pimpinan UiTM iaitu Prof Dr. Hajjah Rodziah Mohd Janor, Timbalan Naib Canselor Akademik; Prof Madya Dr Aini Jaapar, Pengarah PPT; Prof Dr. Yamin Yasin, Rektor UiTM Negeri Sembilan telah dibuat ke kediaman YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun.

Objektif kunjungan tersebut adalah memaklumkan hasrat UiTM untuk terlibat aktif dalam pembangunan modal insan Negeri Sembilan melalui:

1. Program Pra-Pendidikan Tinggi PPT UiTM

2. Program Akademik di UiTM Kampus Cawangan Negeri Sembilan

3. Program S U L A M (Service Learning Malaysia) di komuniti dalam Negeri Sembilan, contoh baik pulih rumah dan tanah terbiar, keusahawanan komuniti, pengurusan sampah, sungai dan lain-lain.

Semoga hasil kunjungan ini lebih membuka peluang pendidikan kepada lebih ramai pelajar kurang berkemampuan yang akan menghasilkan lebih ramai para pemimpin pada masa datang. Pihak Menteri Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UiTM atas kesudian melibatkan kerajaan Negeri Sembilan diatas projek ini.