13 April 2022 – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman melakukan kunjungan ke Pejabat Pusat Asasi Kampus Dengkil. Kunjungan disambut mesra oleh Pengarah pusat ini, YBhg. Profesor Dr Saifollah Abdullah dan barisan pentadbiran kampus berkenaan.
Turut hadir, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), YBhg Profesor Dato’ Dr Abu Bakar Majeed dan Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM, YBhg. Profesor Dr Nooritawati Md Tahir dan YBrs. Prof Madya Dr Siti Noor Hajjar Md Latip, Koordinator Energy & Environment ReNeU.
Pertemuan lebih dari 2 jam dimanfaatkan untuk mencari solusi bagaimana pensyarah di pusat asasi ini boleh terus bergiat aktif dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi, sekalipun kita tahu bahawa fokus utama pensyarah di sini adalah dalam pengajaran & pembelajaran. Antara usaha yang dicadangkan termasuklah memberikan 1 hari berkecuali kepada pensyarah UiTM Dengkil, dimana waktu ini boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan. Ini adalah sejajar dengan hasrat UiTM yang kini lebih memfokus kepada pemerkasaan penyelidikan dan inovasi seterusnya menyokong agenda GRU 2025. Delegasi PTNCPI juga berkesempatan untuk meninjau fasiliti- fasiliti penyelidikan termasuklah makmal dan peralatan penyelidikan di kampus ini.
“Ingin saya ambil perhatian di sini, selaku ahli akademik di UiTM, kita sedia maklum bahawa adalah menjadi satu keperluan dan tugas untuk kita meneruskan kesarjanaan (Scholarly) kita dalam akademik. Pada hemat saya, penyelidikan merupakan elemen yang akan membawa dan menentu ukur tahap kesarjanaan seseorang ahli akdemik.”- Prof. Ts. Dr Norazah Abd Rahman.
Pada tahun 2021, Pusat Asasi telah menunjukkan prestasi yang baik dalam penyelidikan & inovasi. Tahniah kepada semua staff Pusat Asasi yang telah menyumbang kepada pencapaian ini. Terdapat 5 PI yang telah mencapai peratusan pencapaian 100% mengikut sasaran. Antaranya, penerbitan oleh UiTM Press dan penerbit lain yang mencatatkan sebanyak 11 berbanding sasaran 2. Juga perolehan geran industri (RM56,500), geran nasional (RM548,609), dan bilangan Principal Investigator (PI) juga mencapai pencapaian 100% mengikut sasaran. Pencapaian-pencapaian ini menunjukakan satu indikasi yang baik di mana, usaha-usaha penyelidikan telah berlangsung di Pusat Asasi UiTM. Pun begitu, perkara ini perlu diperkasakan lagi pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, bagi membantu dan menyokong pensyarah di Pusat asasi dalam penyelidikan, Prof TNCPI telah memaklumkan kepada semua Pusat kecemerlangan (Centre of Excellence) UiTM untuk membantu pensyarah DM52 semua dalam penyelidikan khususnya penerbitan artikel di jurnal berindeks scopus/WoS. Semoga sinergi ini membuahkan hasil yang berimpak tinggi dalam penyelidikan & inovasi.