22 April 2025 – Pejabat TNCPI UiTM pada hari ini menerima kunjungan hormat Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UCS. Delegasi dari UCS diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), UiTM Cawangan Selangor diiringi oleh koordinator dan penyelaras berkaitan.
Pertemuan membincangkan hal berkaitan penyelidikan & inovasi terutamanya penulisan yang merupakan cabaran utama, malah berperanan sebagai tonggak utama UCS. Antara cabaran yang mungkin dan telah wujud adalah dari segi kebersamaan/synergy dalam melaksanakan tugas dan usaha mencapai sasaran terutama sekali kampus UCS mempunyai 10 PTJ di bawah kelolaannya.
Sehubungan dengan itu, Pihak Pejabat TNCPI berbesar hari untuk membantu menyediakan kemudahan dan membantu ahli akademik yang menghadapi masalah tertentu berkaitan penyelidikan dan inovasi.
Turut hadir, Profesor Dato’ Dr Abu Bakar Majeed, Pengarah RMC UiTM dan Profesor Dr Nooritawati, Pengarah Research Nexus UiTM (ReNeU), dan mereka turut berkongsi buah fikiran dalam memajukan penyelidikan & inovasi di UCS.
“Pada hemat saya, penyelidikan merupakan elemen yang akan membawa dan menentu ukur tahap kesarjanaan seseorang ahli akademik. Ini boleh dilakukan menerusi aktiviti pengembangan dan eksplorasi ilmu ketika menjalankan penyelidikan. Demikian lah tugas kita yang saya percaya, semua pensyarah telah memahami nya untuk sekian lama.”- Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM.