KUDAH1.0 (Kutip Sampah Sambil Riadah) bersama NGO Friends of Rivers Malaysia (FoRM) dan KSU Kementerian Pendidikan Tinggi

Pusat Asasi UiTM bertuah kerana terlibat dalam program KUDAH1.0 (Kutip Sampah Sambil Riadah) di Sg Selaru, Serendah bersama NGO Friends of Rivers Malaysia (FoRM) pada 18 Februari 2024.

Turut hadir, Dato’ Seri Zaini Ujang, Presiden Friends of Rivers Malaysia (FoRM) yang juga KSU Kementerian Pendidikan Tinggi yang baharu. Mewakili Pusat Asasi UiTM adalah En Mahadi Kamaludin, Timbalan Pengarah HEP & ICAN, Dr Nurulhuda Adabiah, Pengetua Kolej dan Encik Irwan Affendi, Koordinator ICAN. Program ini turut disertai oleh 26 orang pelajar Pusat Asasi,  aktivis Friends of Sungai Selaru & Sungai Terachi serta wakil daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

   

Program dimulakan dengan sesi regangan diikuti aktiviti pembersihan dan pengindahan Sungai Selaru. Pelajar-pelajar Pusat Asasi juga diberi penghormatan menanam pokok kelapa di pinggir Sungai Terachi sebagai simbolik tanda persahabatan.

Peserta program amat bertuah kerana berpeluang mendengar ucapan daripada Dato’ Seri Zaini Ujang berkenaan kepentingan sungai dalam kehidupan serta pelajaran yang diperolehi daripada aktiviti pemuliharaan Sungai Kyoto di Jepun. Pusat Asasi komited meningkatkan sinergi bersama NGO Friends of Rivers Malaysia (FoRM) dalam rangka pendedahan kepada pelajar mengenai usaha pemuliharaan dan pengindahan sungai di Malaysia.