KRONOLOGI AKTIVITI UTAMA, PENGLIBATAN PEGAWAI KEHORMAT, PEGAWAI2 PENTADBIRAN SERTA KOMANDER KESATRIA (K) SEPANJANG/SELEPAS PANDEMIK COVID19 DI UITM CAWANGAN PAHANG

Semua IPTA menghadapi cabaran besar semasa Kawalan Pergerakakn Bersyarat (PKPB , kerana wabak COVID-19 di seluruh dunia. Sejak itu semua aktiviti pengajaran, pembelajaran hanya berlaku di atas talian dan ianya berlangsung hingga lima semester.

Aktiviti kokurikulum , khasnya Kokurikulum Kesatria perlu mencapai MISI Hal Ehwal Pelajar iaitu Untuk mengukuhkan pembelajaran dan pendidikan ke arah melahirkan graduan yang serba boleh yang mempunyai nilai-nilai daya tahan dan daya juang yang tinggi, berilmu, beriman dan bertaqwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Oleh yang demikan, walaupun ada cabaran pandemik, namun ianya tidak menghalang aktiviti Kokurikulum Kesatria terus menjalankan aktiviti pengisian bagi sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempuh dua setengah tahun ini. Ianya berlangsung secara maya, sehingga kerajaan Malaysia melalui nasihat KKM, membenarkan untuk bersemuka pada penghujung 2021 dengan syarat memakai topeng pelitup hidung/mulut. Antara aktiviti utama yang telah berjalan antara bulan Ogos 2021 hingga Julai 2022 adalah seperti berikut disusun mengikut kronologi tarikh (secara maya , hibrid & bersemuka):

1. 10 April 2021 : Majlis Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) UiTM SEMALAYSIA (secara maya)
2. 30 Ogos hingga 4 September 2021 : Latihan Intensif Bakal Komander Badan Beruniform UiTM Cawangan Pahang (secara maya)
3. 1 Mac hingga 7 Mac 2022 : Latihan Intensif Bakal Komander Badan Beruniform UiTM Cawangan Pahang (secara bersemuka dengan syarat mengenakan topeng pelitup hidung/mulut)
4. 8 hingga 10 Julai 2022 Kem Pemantapan Persatuan Badan Beruniform (secara bersemuka dengan syarat mengenakan topeng pelitup hidung/mulut)

Cabaran telah dapat diharungi dengan berlangsungnya aktiviti-aktiviti di atas demi mencapai OBJEKTIF Hal Ehwal Pelajar untuk:
• Membimbing pelajar supaya menjadi lulusan yang sentiasa berilmu, beriman, bertaqwa dan beramal selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara .
• Membentuk dan memupuk sifat amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan melalui nilai kepimpinan dan disiplin .
• Menanam semangat keberanian, keyakinan, ketrampilan dan berdikari serta sanggup menghadapi cabaran .
• Melahirkan pelajar-pelajar yang sihat dan cerdas agar sentiasa berfikiran positif dan kreatif.
• Menerapkan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar .
• Meningkatkan kualiti kakitangan .
• Melengkapkan dan meningkatkan kualiti kelengkapan pejabat .

Sekian perkongsian maklumat sepanjang tempuh pengajaran dan pembelajaran secara maya sebelum UiTM menghadapi sessi bermula kembali bersemuka pada semester Oktober 2022 – Februari 2023 dan seterusnya. Terima kasih.

Artikel ditulis oleh:
Lt. Kol. (K) Rozita Mengen (Pensyarah Kanan Merangkap Pegawai Kehormat Kesatria)
Bertarikh :
Pada 27 Sept 2022)
Data :
Kredit Kepada Pentadbir Unit Kokurikulum, HEP UiTM Cawangan Pahang
Gambar :
Kredit Kepada Pentadbir Facebook Rasmi Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Pahang