SHAH ALAM, 22 Jun 2023 – Pada 20 Jun 2023 telah berlangsung perasmian Kafe He and She KPPIM. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh CEO He and She, Encik Zulkiflee Yusoff. Perasmian disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Haryani Haron, Penolong Naib Canselor KPPIM. Beliau turut melaksanakan acara “The First Brew” sebagai sebahagian acara perasmian.
Menurut Profesor Ts Dr Haryani Haron, visi UiTM adalah untuk menjadi universiti yang terkemuka dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaaan dan Keusahawanan. Pembukaan outlet He & She ini amat sangat bertepatan dengan visi tersebut yang mana pelbagai inisiatif keusahawanan telah dirancang antara KPPIM UiTM dan He & She. Inisiatif-inisiatif ini akan dimeterai dalam perjanjian persefahaman (MoU) dalam masa terdekat.
Pada majlis ini, pihak He and She telah menyampaikan Baucar Rahmah yang mempunyai nilaian keseluruhan sebanyak RM2500 bagi pelajar-pelajar KPPIM dan UiTM yang kurang berkemampuan terutama dari golongan B40. Selain itu Baucar Staff of the Month” turut untuk disampaikan bagi menghargai tujuh Staf Bintang KPPIM setiap bulan. Baucar ini memberi nilaian keseluruhan sebanyak RM1680.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah , Puan Farah Fatin Mohd Yunus, Pengarah Urusan He and She Coffee Sdn. Bhd. , Encik Adlan Ahmad Bakri, Penasihat KOSISWA UiTM dan Dekan-dekan Eksekutif KPPIM.