Konferensi ICT 2022

Jabatan Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur, Universiti Teknologi MARA akan menganjurkan Konferensi ICT 2022 yang julung kali diadakan secara atas talian pada 17 – 18 Ogos 2022 dengan tema Embracing Digital Learning Transformation.

DAFTAR PENYERTAAN SEKARANG UNTUK MENYERTAI KONFERENSI ICT 2022

6 JUN – 31 JULAI 2022

Konferensi ini dianjurkan bagi mendapatkan maklumat berkaitan teknologi terkini dan amalan terbaik dalam bidang ICT melalui siri perkongsian ilmu, forum, pameran secara maya dan juga memberi peluang keemasan kepada staf akademik dan pentadbiran UiTM untuk berkongsi ilmu. Melalui program ini juga, pihak penganjur telah menjemput peserta dikalangan warga pentadbir dan akademik UiTM, pelajar UiTM, dan peserta dari IPTA dan IPTS. Selain itu, program ini juga akan disertai oleh industri luar sebagai peserta pameran dan penaja.

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 31 JULAI 2022. Kos penyertaan Konferensi adalah seperti berikut:

Kategori

Yuran dikenakan

Staf UiTM (Pentadbir dan Akademik)

RM 30.00

Staf UiTM kumpulan F

RM 10.00

Pelajar

RM 10.00

Pautan pendaftaran dan bayaran penyertaan Konferensi ICT 2022: https://konferensiict-app.uitm.edu.my/

Untuk maklumat lanjut, sila lawati website rasmi https://konferensiict.uitm.edu.my/

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di telegram: https://t.me/UiTMkonferensiICT2022

Klik di sini: Promo Video Konferensi ICT 2022