Kolokium Antarabangsa Islam Borneo Untuk Pelajar Pascasiswazah Dalam Pengajian Islam 2023

KOTA SAMARAHAN, 20 Julai 2023 – UiTM Sarawak telah berjaya menganjurkan Kolokium Antarabangsa Islam Borneo Untuk Pelajar Pascasiswazah Dalam Pengajian Islam 2023 (Borneo International Islamic Colloquium for Postgraduate Students in Islamic Studies), bertempat di Kampus Samarahan 2.

Program kolokium sehari ini dianjurkan bersama-sama dengan Institut Agama Islam Negeri Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia, dengan mengangkat tema “Membangunkan Pengajian Islam Lintas Sempadan Institusi Pendidikan Tinggi di Borneo dan Sekitarnya”.

Program ini mempunyai dua objektif iaitu memberi pendedahan kepada pelajar pascasarjana dalam penulisan, pembentangan, dan perbahasan dalam academic discourse; dan memberi ruang dan peluang untuk menjalinkan hubungan rakan akademik antara institusi yang terlibat.

Program Kolokium ini melibatkan 17 peserta Indonesia, iaitu IAIN Pontianak (10 peserta); UIN Raden Mas Said Surakarta (5 peserta); IAIN Fatahul Muluk Papua (2 peserta). Manakala, peserta Malaysia seramai 13 orang terdiri daripada UiTM Sarawak (11 peserta), IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan (11 peserta), dan Yayasan Sarawak.