Program juga menyediakan medium perbincangan dan perkongsian kepakaran reka bentuk perabot daripada pihak industri, serta pereka tersohor kepada para pelajar. Beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang TANGGAM FEST 2024 termasuk sesi bicara industri, forum reka bentuk industri, sesi “Ice Breaking” antara pelajar pelbagai universiti, dan pertandingan “Design Jam Competition”. Dalam pertandingan “Design Jam Competition”, KPSK, UiTM Cawangan Kedah dinobatkan Anugerah Utama “Best of the Best” Award melalui reka bentuk “Coffee table inspired by Loas asian culture”. Setiap kumpulan peserta diberi masa selama 2 jam untuk merancang dan menghasilkan “Coffee table” berdasarkan tema yang diberikan dengan menggunakan hanya bahan Plywood, dawai dan playar. Pembentangan hasil karya kepada panel juri yang terdiri daripada wakil industri dan pereka MTIB.
TANGGAM FEST 2024: Southern Chapter muncul sebagai satu platform berprestij yang membantu pelajar dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang reka bentuk perindustrian. Kejayaan KPSK, UiTM Cawangan Kedah dalam Design Jam Competition mencerminkan keunggulan dan bakat pelajar dalam seni reka perindustrian khususnya dalam bidang rekabentuk perabot. Program ini tidak hanya menyuburkan bakat, tetapi juga membuka peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan industri sejagat.