18 Mac 2022 – UiTM menerusi Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (FSPU) menjalinkan hubungan 2 hala dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)di Universiti Kathmandhu. Delegasi UiTM yang turut serta adalah ketua Misi Ekspedisi ke Nepal Khalid Yusof bersama-sama Persatuan Alumni Universiti-Universiti Texas dan Duta Ekspedisi Dr Soo Wincci.
Kolaborasi ini adalah bertujuan menjadikan Malaysia dan Nepal untuk mengarap idea dalam Senibina Bangunan dan Landskap bangunan di kawasan pergunungan atau di altitud tinggi. Selain Senibina, setiap Pembangunan yang terancang merangkumi kelestarian pembinaan terhadap alam sekitar dan pengurusan bencana juga keselesaan sesuatu kawasan pembinaan yang akan menarik pelancong dari serata dunia.
Dengan kerjasama dua hala ini akan dapat menjana perkembangan dalam bidang pembanguan dan pembinaan termasuklah dari segi Keselamatan dan Kesihatan dan sektor pembinaan di Nepal juga Pengurusan Sisa di kawasan pergunungan samada di Malaysia dan juga Nepal.
Halatuju untuk Misi Ekspedisi ini merangkumi, Misi Ekspedisi Pendakian ke Annapurna Base Camp, Memorandum Persefahaman dan CSR.