Kolaborasi Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis dan Institut Teknologi Nasional Malang (ITNM), Indonesia

30 Mei 2023- Satu mesyuarat kolaborasi (MoU) antara Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis dan Institut Teknologi Nasional Malang (ITNM), Indonesia telah di adakan secara atas talian. Mesyuarat membincangkan tentang potensi kolaborasi antara kedua-dua pihak.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut, Ketua Pusat Pengajian KAB, Sr Dr Rohayu Haron Narashid, Sr Ashnita Rahim (Koordinator Program), Dr Fazly Amri Mohd selaku Moderator mesyuarat, Sr Norshahrizan Md Hashim dan Noorrazwani Mohd Razi.

Mesyuarat dimulai dengan tanyangan video korporat UiTM Cawangan Perlis dan seterusnya pembentangan mengenai Kolej Pengajian Alam Bina oleh Prof Madya Sr Dr Mohd Azwan Abbas. YBrs. Sr Dr Rohayu Haron Narashid menyambut baik usaha untuk mengadakan kerjasama antar dua piohak ini. Ianya secara tidak langsung membuktikan pihak luar telah yakin dan mempercayai kepakaran dan kemampuan para pensyarah UiTM Cawangan Perlis khusunya Kolej Pengajian Alam Bina. Selain itu, kolaborasi ini dapat meningkatkan ketampakan UiTM Cawangan Perlis di persada antarabangsa.
Pihak Institut Teknologi Nasional Malang (ITNM), Indonesia telah di hadiri oleh Wakil Rektor I (Dr. Jimy), Wakil Rektor III (Dr. Hardianto), Dekan Fakultas Teknik Sipil dan Perencanaan (Dr. Ir. Hery Setyobudiarso, Wakil Dekan I (D.K. Sunaryo), Wakil Dekan III (Ida Soewarni), Ketua Lembaga Pengkajian dan Pengembangan Kerjasama (Ir. Togi Nainggolan), Sekretaris Lembaga Pengkajian dan Pengembangan Kerjasama (Annur Maruf), Kepala Kantor Urusan Internasional (Martinus Edwin TjahJadi), Ketua Program Studi Teknik Teknik Geodesi S1 (Silvester Sari Sai) dan Sekretaris Program Studi Teknik Teknik Geodesi S1 (Adkha Yulinandha Mabrur).

Kolaborasi adalah Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis dan Institut Teknologi Nasional Malang (ITNM), Indonesia ini adalah atas inisiatif Prof Madya Sr Dr Mohd Azwan Abbas dan ahli kumpulan Penyelidik (RIG) beliau daripada Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis. Semoga kerjasama yang akan dibina akan dapat memberi impak besar kepada pembangunan jabatan dan universiti.

Kolej Pengajian Alam Bina – KAB Universiti Teknologi MARA
UiTM Cawangan Perlis
Geomass