KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM FPA UCPh BERSAMA KOMUNITI

JENGKA, 13 September 2023 – UiTM Cawangan Pahang melalui Fakulti Perladangan dan Agroteknologi telah menganjurkan satu program “Knowledge Transfer Program” (Program Pemindahan Ilmu) pada 8 September 2023 (Jumaat) bersama warga Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2. Objektif utama program adalah bagi berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai penjagaan dan potensi tanaman nanas. Program ini juga bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Mampan Gol 2 Menamatkan kelaparan (SDG 2) dengan menggandakan produktiviti dan pendapatan pengeluar makanan berskala kecil. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan kaedah pembiakan nanas melalui kultur tisu melalui geran penyelidikan Dr. Nazatul Asikin Muda, Pensyarah Kanan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (PI Geran Khazanah Alam UCPh: Micropropagation of Ananas comosus cv. MD2 Jengkapine via Direct Organogenesis and Temporary Immersion Biorector System).

Seramai 37 orang warga Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2 terlibat dalam program ini melibatkan 35 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. Manakala, 15 orang pelajar dan 14 orang pensyarah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi terlibat dalam program ini.

Program bermula dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UCPh, Dr. Mohd Khairi Che Lah. Seterusnya pelajar dibawa ke Plot Tanaman Nanas Jengkapine UCPh menaiki traktor Unit Pengurusan Ladang UCPh. Pelajar diberi pendedahan mengenai tanaman nanas, kaedah penjagaan serta diberi peluang untuk menanam sendiri sulur nanas. Seterusnya pelajar di bawa ke Makmal Sains Tumbuhan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi bagi perkongsian ilmu kaedah pembiakan melalui kaedah tisu kultur.

Bagi meneruskan jalinan Kerjasama di antara UCPh dan komuniti, kedua pihak telah bersetuju untuk menandatangani jalinan kerjasama. Semoga program ini menjadi pendorong untuk jalinan kerjasama seterusnya antara kedua belah pihak. Program berakhir dengan ucapan penutup oleh Koordinator ICAN UCPh, Dr. Nurrohana Ahmad dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2, En. Yasin Maarof. Diharapkan semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta.