KLINIK TAJWID BERSAMA WARGA UITM CAWANGAN SABAH

KOTA KINABALU, 22 Mac 2024 – Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama PEWANI UiTM Cawangan Sabah, Resident Studio dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Program Klinik Tajwid  pada tahun 2024.  Program ini telah berlangsung selama 4 siri iaitu pada 14,15 & 21, 22 Mac 2024M / 3,4 & 10,11 Ramadan 1445H (Khamis & Jumaat) pada jam 10.00 – 11.00 pagi di Smart Classroom PTAR UiTM Cawangan Sabah.  Program yang dihadiri oleh 30 peserta dari kalangan Staf UiTM Cawangan Sabah secara bersemuka dan disiarkan secara ‘LIVE’ di Facebook Rasmi Resident Studio.

Dalam memperkasa modal insan, pembelajaran berterusan dan mempelajari teknik serta cara sebutan yang betul memberi impak positif kepada peserta sepanjang program berlangsung.  Para peserta diterangkan dengan jelas hukum tajwid dan cara sebutan yang tepat oleh Ustaz Luqman Abdul Shukor. Berjalan sampai kebatas, berlayar sampai kepulau.  Para peserta harus berusaha secara sungguh-sungguh untuk mencapai suatu tujuan iaitu menyempurnakan bacaan Al Quran terutama Surah Al-Fatihah yang dibaca di dalam solat fardu.  Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan keperntingan mempelajari Al Quran dan asas Bahasa Arab bagi meningkatkan kefahaman kepada para peserta dalam Fardu Ain.  Firman Allah swt  di dalam Surat Al Alaq seperti berikut:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ  خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ  اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ  الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Ertinya: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”