Satu program KITOVID anjuran pelajar-pelajar persatuan mahasiswa kejuruteraan kimia (CheSS) UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama golongan surirumah/wanita telah diadakan pada pada 25 Jun 2022, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu keperluan silibus dalam subjek CEV631 (Leadership and Professional Ethics for Engineers).
Program ini bertemakan konsep SULAM (Service Learning Malaysia), Keluarga Malaysia dan turut menyokong agenda UN 2030 Sustainable Development goals (SDG2020) khususnya SDG#8 (good jobs & economic growth). Program ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai saudara Ahmad Akram Abdul Razak manakala penasihat program ialah Ts Mohamed Syazwan Bin Osman.
Program ini telah disertai oleh oleh 7 orang pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dan 14 orang wanita yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kebenaran dan kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang telah memberi kelulusan program. Program ini turut bekerjasama dengan Kolej Komuniti Bukit MErtajam dan Zakat Pulau Pinang yang membantu mengenalpasti surirumah dan wanita yang terdiri dari golongan asnaf. Program ini telah dirasmi oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi.
Antara objektif program ini diadakan ialah untuk komuniti didedahkan dengan teknik inovatif pembuatan pelitup muka dari kain-kain terbuang, pembuatan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan teknik pemasaran prdouk secara online.
Peserta program dapat mempelajari kaedah dan tips terbaik dalam penghasilan serta penggunaan produk pelitup muka dan cecair pembasmi kuman yang sangat relevan dan berguna di era pandemik COVID 19 ini. Adalah diharapkan melalui program ini dapat dapat memperkasa jaringan UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan masyarakat melalui aktiviti pemindahan ilmu (Knowledge transfer Program).