Khatam Quran Bersama Perindu Sempena Pengisian Masa Semasa PKP

Kolej Perindu

Demi menyokong arahan kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta slogan “Stay at Home”, barisan pengurusan kolej dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu telah menganjurkan sebuah aktiviti yang bermanfaat kepada warga Kolej Perindu tidak mengira di mana jua berada dan juga pada bila-bila masa sahaja. Khatam Quran Bersama Perindu merupakan sebuah inisiantif dalam mengekalkan posisi warga kolej agar terus menyokong aktiviti yang dianjurkan dengan menurut perintah yang telah dikeluarkan kerajaaan.

Aktiviti ini telah berlangsung dari 4 – 9 April 2020 yang lalu dengan membahagikan kepada penglibatan dua kelompok iaitu Kelompok A yang terdiri daripada penghuni blok 1 dan 4 manakala Kelompok B terdiri daripada penghuni blok 2 dan 3 dan telah disertai oleh 60 orang. Setiap penyertaan memerlukan seorang untuk menghabiskan sebuah juzuk bacaan dan secara keseluruhan 30 orang bagi setiap kelompok yang telah dibahagikan.

Kolej Perindu

Aktiviti sebegini rupa telah mendapat sambutan hangat oleh warga Kolej Perindu yang terdiri daripada Pengetua, Staf Residen Kolej (SRK), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan penghuni-penghuni kolej Kediaman Perindu. Strategi atau cara ini digunakan adalah untuk memberi peluang kepada penghuni untuk mendapatkan lebih ramai penyertaan dan penglibatan secara menyeluruh daripada Pengetua,SRK,JPK mahupun pelajar.

Objektif utama pelaksanaan aktiviti ini adalah mengisi masa lapang pelajar ke arah bentuk keagamaan. Bagi umat Islam, mereka percaya bahawa dengan aktiviti sebegini rupa dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di samping dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam jangka masa yang singkat.

Aktiviti berbentuk keagamaan juga sesuai diadakan sebagai langkah persediaan untuk menempuh Bulan Ramadhan yang akan hadir lebih kurang dua minggu dari sekarang. Harapannya, dengan ada aktiviti ini mampu menarik minat seluruh warga UiTM khususnya dalam menyokong perintah kerajaan demi mengurangkan penularan wabak COVID-19.