Puncak Alam, 12 MAC 2020 – Persatuan Pelajar Pemakanan dan Dietetik (NADA), Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, telah mengadakan satu program Kursus Pengurusan Organisasi buat kali pertama. Program ini ditujukan khas kepada Pengarah, Setiausaha, Bendahari dan Biro-biro seperti Biro Program dan Logistik setiap program NADA yang berlangsung di DK9, FSK 7 Fakulti Sains Kesihatan.
Program ini pertama kalinya dilaksanakan oleh NADA bagi memenuhi keperluan
pengetahuan dalam bidang pengurusan program-program NADA yang bakal dijalankan.
Tujuan utama program adalah untuk menerangkan dan menyelaraskan format dan cara kerja yang betul bagi setiap ahli dalam program-program NADA mahupun fakulti yang akan dijalankan.
Antara pembentangan yang disampaikan termasuklah format dan cara kerja Slot Kertas Kerja Berbajet dan Tanpa Bajet yang dibentangkan oleh Timbalan Presiden I, Bahagian Kewangan juga dikenali sebagai Slot Bendahari yang dibentangkan oleh Bendahari Persatuan, Slot Setiausaha yang membincangkan mengenai Surat dan Laporan Penutup Program serta Slot Surat-Menyurat yang dibentang oleh Setiausaha Persatuan dan juga Slot Biro Program dan Logistik yang disertakan Slot Juruaudit, dibentangkan oleh Juruaudit Persatuan.
Majlis berakhir dengan ucapan terima kasih daripada pengarah program kepada para peserta yang menghadirkan diri. Pengarah program juga berharap melalui program ini, para peserta mendapatkan pengetahuan mengenai format dan cara kerja yang betul dalam melaksanakan program.