4 MEI 2024 bersamaan 25 Syawwal 1445H, Segamat. Majlis Ukhuwwah Aidilfitri Bersama Dirai telah diadakan di Glass House. Majlis meraikan mahasiswa terpilih untuk diberikan pek makanan dan Barang Dapur kepada pelajar asnaf yang tinggal di rumah sewa telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Akmal Aini binti Othman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Johor.
Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Unit Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor ini juga menyampaikan pek makanan Santapan Hero Meals sumbangan Kembara Kitchen. Pek makanan ini mengandungi nasi dan lauk. Nasi merupakan menu utama dan makanan ruji harian penduduk Malaysia. Makanan merupakan sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Makanan seperti ini sangat diperlukan khasnya untk pelajar B40. Mereka kadangkala membahagikan makanan yang dibeli kepada dua bahagian. Bahagian pertama dimakan pada waktu tengahari bahagian ke dua di makan pada waktu malam. Kelaparan akan menjadikan mereka kurang fokus untuk mempelajari ilmu di dalam kelas..
Kembara Kithen tampil sebgai satu NGO (Badan Bukan Kerajaan) membantu memberikan sumbangan kepada pelajar asnaf. Antara maklumbalas yang diberikan makanan ini sangat mudah disediakan. Dengan tema “Sedia di makan atau dipanaskanh”. Siswa siswi hanya perlu merendam pek makanan di dalam bekas yang tersedia diberikan menggunakan air panas atau jika tiada air panas boleh di makan begitu sahaja. Makanan ini mempunyai tarik luput bertempoh lebih kurang selama setahun. Oleh itu, makanan tersebut dapat disimpan dan di makan khasnya pada masa kritikal seperti pada masa mahasiswa akan menghadapi peperiksaan malah boleh juga dimakan ketika menghadapi masalah kewangan. Pek makanan ini juga sangat memberi manfaat bagi mereka yang tidak pulang ke kampung semasa cuti ulangkaji pelajaran.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan bantuan yang sangat bernilai dan bermakna demi kehidupan mahasiswa di kampus.