Kemahiran Literasi Maklumat, Bacaan Pantas Berjaya Dilaksana di Dua Sekolah Daerah Jerantut, Pahang

JERANTUT, 9 September 2023 – Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang telah dipilih sebagai lokasi program dan dihadiri seramai 250 orang pelajar. Seramai enam orang Pustakawan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan UiTM cawangan Pahang telah membimbing para pelajar mengenai teknik bacaan pantas, kesedaran bermaklumat dan galakan membaca.

Menghayati kepentingan memupuk tabiat membaca, sudut IQRA’ diwujud di laluan utama bagi menggalak para pelajar memanfaat masa lapang dengan membaca. Sebagai permulaan, 50 naskhah buku bacaan umum telah disedia bagi kegunaan pelajar SK Kampung Pagi. Aktiviti di atas adalah sebahagian program Khidmat Masyarakat kerjasama antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam selaku penganjur berlangsung selama 4 hari bermula 7 September dan berakhir 10 September 2023.