Kejohanan Bola Tampar Piala Rektor UiTM Cawangan Sarawak 2022

Kejohanan Bola Tampar Piala Rektor UiTM Cawangan Sarawak 2022 anjuran Unit Sukan dengan kerjasama KEKITA UiTM Cawangan Sarawak telah berlangsung pada 1 hingga 22 Mac 2022 bertempat di Gelanggang Bola Tampar UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan.

Kejohanan ini telah disertai oleh 15 pasukan yang melibatkan seramai 155 kakitangan UiTM Cawangan Sarawak. Pasukan UNIT SUKAN, Bahagian HEP telah muncul sebagai Juara dalam kejohanan tersebut dengan membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM200, hamper dan cenderahati. Naib Juara pula disandang oleh pasukan HEA&A yang menerima hadiah wang tunai RM150, hamper dan cenderamata, manakala tempat ke-3 dimenangi oleh pasukan PENSYARAH menerima wang tunai RM100, hamper dan cenderamata dan tempat ke-4 pula disandang oleh pasukan KOLEJEN, Bahagian HEP yang menerima wang tunai RM80, hamper dan cenderamata.

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Sarawak, YBhg. Profesor Dato Dr. Jamil Bin Hj Hamali. Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah YBhg. Profesor Dr. Firdaus Abdullah (Timbalan Rektor HEA&A), Encik Mohd Fauzi Zainuddin (Timbalan Pegawai Sukan), Encik Ahmad Faizan Affandi (Presiden KEKITA), Puan Umaira Othman Koya (Timbalan Pendaftar Kanan) dan Encik Muhammad Nazmi Nazarudin (Penolong Pendaftar PJI).