Karnival Membaca Keluarga Madani Melaka 2024

22 Jun 2024 – Telah berlangsung Majlis Perasmian Karnival Membaca Keluarga Madani Melaka 2024 di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM). Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka. Karnival yang merupakan anjuran Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM menerusi Pusat Pengajian Sains Maklumat dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka, bertunjangkan اقرا, mengetengahkan profesion perpustakaan dalam mengetengahkan komuniti yang celik dan bijak maklumat.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan ucapan aluan oleh Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin, Fasc, Naib Canselor UiTM. Ucapan dan upacara perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Salhah Salleh,Pegawai Kewangan Negeri Melaka.

Karnival ini menawarkan pelbagai program menarik yang menyasarkan semua peringkat umur, termasuk Bicara Literasi: Autisme dan Membaca, Treasure Hunt, Bual Bicara Pengalaman dalam Menghadapi Cabaran Perniagaan: Inspirasi dan Penyelesaian, Bedah Buku bersama USANITA, dan Ceramah Bahagia serta Berjaya Melalui Biblioterapi. Tidak ketinggalan, aktiviti interaktif seperti Ceramah Colouring Therapy, Kebun Komuniti, Make Your Own Quiet Book, Sing Along with Jojo and Lili, Kisah Tauladan: Arnab dan Kura-Kura, Photobook, Book Picnic, Mini Explorace, Book And Brew, Ceramah Tips Menjadi Penulis Buku Remaja, serta Teenage Reading Session turut diadakan.

Barisan penceramah yang hadir terdiri dari Profesor Madya Dr. Wan Satirah Wan Mohd Saman, Profesor Madya Ts. Dr. Noor Zaidi Sahid, Dr. Mislina Atan, Puan Rozainun Mahmod, Puan Siti Salbiah Ahmad Shariff, Puan Siti Aminah Ruslan, Puan Sharifah Fadiah Syed Zainol Abidin, Murni Safinaz Abu Salim, dan Shasya Ali.

Seramai 214 orang mahasiswa yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zahin Amni Mohd Zamri, mewakili 7 kumpulan pelajar dari dua (2) kursus iaitu IML553 Perhubungan Awam dalam Kerja Maklumat dan IML511 Jangkauan dan Perkhidmatan Komuniti untuk Profesional Maklumat menjalankan aktiviti yang bertemakan 1 Baby 1 Book, Treasuring The Teenage, Reading Therapy, Keluarga Membaca, Kebun Buku, Buku kepada semua : Kanak – kanak berkeperluan khas, dan Membaca dan Penjanaan Pendapatan. Aktiviti-aktiviti ini telah berjaya menarik minat dan keterlibatan pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus mengukuhkan lagi objektif karnival ini.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Profesor Ts. Dr. Haryani Binti Haron, Penolong Naib Canselor KPPIM, Profesor Madya Ts. Dr. Nur Atiqah Sia Abdullah, Dekan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Dr. Husain Hashim, Ketua Pusat Pengajian Sains Maklumat, Profesor Madya Dr. Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri, Ketua Pusat Pengajian Sains Matematik, Profesor Madya Dr. Mohamad Yusof Darus, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengkomputeran, serta lima orang pensyarah penasihat dari Pusat Pengajian Sains Maklumat, KPPIM. Kehadiran mereka memperlihatkan sokongan penuh dan komitmen yang tinggi terhadap inisiatif-inisiatif yang menyuburkan budaya ilmu dalam komuniti.

Dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang dirangka, Karnival Membaca Keluarga Madani Melaka 2024 ini diharapkan dapat menjadi platform yang signifikan dalam memperkukuhkan amalan membaca serta memperkasa komuniti yang celik maklumat, selaras dengan aspirasi negara dalam membangun masyarakat berpengetahuan dan inovatif.

 

Disediakan oleh: Kasmarini Baharuddin, Dr. A’dillah Mustafa, Siti Nurul Maryam Abdullah, Nurbasyirah Raslin, Nor Aliah Abdullah dan Dr. Husain Hashim
Editor KPPIM News Team (Suzana Zambri)