KUALA PILAH: Karnival Belia Pewaris Bangsa 2020 : Excellent With A Soul merupakan program wacana intelek anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sesi 2019/2020 UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah buat julung kalinya dilaksanakan bermula 7 November 2020 sehingga 15 November 2020. Program Karnival Belia Pewaris Bangsa 2020 : Excellent With a Soul merupakan salah satu program medium pengantaraan yang membincangkan mengenai cabaran serta isu-isu yang dihadapi oleh golongan belia masa kini seperti masalah dalam hubungan, cabaran menghadapi keadaan masa kini yang cukup mencabar dan seterusnya mengenai kadar cakna golongan belia mengenai pendaftran untuk menjadi pengundi dan memilih pemimpin demi masa hadapan negara.
Topik E-Forum adalah berbeza mengikut bidang kepakaran panel jemputan masing- masing bersandarkan satu matlamat iaitu bagi menginspirasikan mahasiswa dan mahasiswi mengenai cabaran akan datang sekaligus meningkatkan pengetahuan am mahasiswa dan mahasiswi. Antara panel jemputan program adalah Dato Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid selaku Penceramah Selebriti yang membincangkan topik forum yang bertajuk “Cabaran Golongan Belia Masa Kini”. Manakala Encik Aiman Azlan sebagai Pakar Motivasi membawakan topik yang sangat bersesuaian dengan kehidupan pelajar iaitu “Pelajar Stress Ketika Pandemik”.
Turut juga menampilkan Puan Kamalia Kamal sebagai Penulis Buku membawakan topik forum yang cukup menarik iaitu “Formula Mengorat Bakal Imam: Betulkah Dia Jodoh Aku ?” yang mencatatkan jumlah penonton yang paling tertinggi selama 5 hari bersiaran iaitu sebanyak 100 ribu tontonan di laman Instagram. Selain itu, Encik Hasanul Isyraf Bin Naim selaku Pengarah Akademi Pilihan Raya Malaysia juga turut serta dalam menyampaikan forum yang bertajuk “Belia Mengundi Belia Masa Depan Negara” dan majlis penutup program diserikan dengan kehadiran Ts. Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali sebagai Koordinator Unit Kepimpinan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan dengan menyampaikan topik forum yang bertajuk “Pucuk Kepimpinan Tercabar Semasa Pandemik COVID – 19”.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa penganjur program kerana telah mencapai sasaran audiens dengan jumlah tontonan keseluruhan adalah seramai 14,530 ribu tontonan di Facebook dan 100,000 ribu tontonan di Instagram. Tidak dilupakan ucapan penghargaan juga pihak Unit Pengurusan Kolej dan Non-Residen dan warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah yang memberikan sokongan penuh terhadapa program ini. Semoga input daripada program berimpak tinggi ini dapat dipraktikkan pada masa hadapan disamping mencapai matlamat UiTM untuk menjadi sebuah universiti yang bertaraf dunia.