‘Perindu Smart Volunteerism’ Sambut Tahun Baharu Bersama Masyarakat Orang Asli Di Royal Belum

Pada 31 Disember 2020, Perindu Smart Volunteerism telah menyertai Program Ziarah Mahabbah dan Khidmat Masyarakat Luar Bandar. Program yang di koordinasikan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) Perak selaku penganjur utama menutup tirai program 2020 dengan mengadakan Misi Ziarah Mahabbah dan Khidmat  Masyarakat Luar Bandar tersebut bertempat di beberapa buah perkampungan orang asli di Tasik Banding, Royal Belum Perak termasuklah Kampung Sungai Tiang dan kampung Sungai dan Kampung Sungai kejar.

Pengarah program, Encik Dasuki Bin Wahab yang juga Setiausaha MRA Perak berkata program mahabbah kali ke 28 ini disertai oleh 40 orang daripada beberapa buah agensi sebagai penganjur bersama antaranya MRA Perak dan MRA  Pusat, Yayasan MRCB, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kolej Perindu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL BMI) serta Team Dana Kita.

MRA Perak seperti biasa melakukan kunjungan hormat ke rumah Tok Batin sebelum melakukan sebarang aktiviti bagi menghormati adat istiadat serta ketua kampung masyarakat orang asli. MRA Perak turut mengadakan ‘chak rayak’ atau jamuan makan bagi meraikan masyarakat orang asli di kampung tersebut dan di bantu oleh sukarelawan lain termasuk JAIPk yang membantu memasak sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, agihan makanan keperluan dan pakaian juga di berikan kepada penduduk kampung.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini juga menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat orang asli juga di adakan pada hari kedua di Kampung Sungai Kejar, Kampung Tanjung Pulau Tahan dan Kampung Sungai Tiang, Royal Belum dan menjadi tradisi kepada MRA dan Skuad medic diketuai oleh Dr. Ibrahim dan di bantu oleh sukarelawan kesihatan yang lain dalam memberikan perkhidmatan tersebut.

Selain pemeriksaan kesihatan, UniKL BMI dan Yayasan MRCB telah meninjau lokasi yang sesuai bagi pemasangan tenaga solar untuk kegunaan sekolah rendah dan Tadika KEMAS di sana. Manakala Team Dana Kita di bantu oleh Kolej Perindu UiTM Shah Alam telah mengedar 300 buah bag sekolah, alat tulis dan kit kesihatan kepada anak – anak masyarakat orang asli di kampung tersebut. Selain itu, Kolej Perindu UiTM Shah Alam Bersama Fakulti Pendidikan UiTM Cawangan Selangor akan membangunkan beberapa modul Pendidikan bagi kegunaan murid pada masa akan datang.

Diharapkan program sukarelawan seperti ini dapat diterapkan dalam jiwa mahasiswa sebagai nilai tambah dan amalan  murni yang diperlukan dalam pembangunan sahsiah dan rupa diri merka. Namun, untuk melahirkan sukarelawan yang berkualiti dan bersedia dari sudut fizikal dan mental bukanlah mudah. Oleh itu, penerapan nilai-nilai sukarelawan berkualiti haruslah ditanam seawal di peringkat universiti lagi selaras dengan usaha kementerian Pengajian Tinggi (IPT) dalam memperkasa aktiviti kesukarelawanan kalangan mahasiswa.