KAEDAH PENGGUNAAN CIRI MAJU DALAM PERFORMATAN BAHAN AKADEMIK


Menulis dan memformat tesis adalah tugas rutin pelajar universiti awam mahupun swasta di Malaysia. Untuk mendapat sijil graduasi, proses pengurusan dokumen panjang amat kritikal untuk di gunakan agar idea-idea boleh digarap dengan baik. Menyedari fenomena ini, satu kaedah telah dicipta dan diinovasikan oleh Dr Mohd Zuli Jaafar, Pensyarah Kanan UiTM yang kini bertugas di UiTM (Melaka) Jasin. Kaedah ini memgambil kira keperluan panduan tesis dan laporan akhir kebanyakan universiti di Malaysia. Item utama yang diketengahkan adalah Microsoft Words templat dan beberapa ciri dan tetapan tambahan pada progam Windows agar memudahkan para pelajar untuk memformat dan menulis tesis atau bahan akademik mereka.

Kaedah tersebut yang telah mendapat dua hakcipta di MyIPO boleh membantu para pengguna menghasilkan sebuah tesis yang sempurna dari segi format berdasarkan panduan penulisan yang ditetapkan oleh universiti pengajian mereka. Kejayaan besar ini yang diperkenalkan pada tahun 2011 telah mendapat bekerjasama dengan beberapa pusat siswazah dan institusi akademik dimana mereka telah membangunkan templat tesis untuk pelajar mereka. Antara insitusi akademik yang terlibat di Malaysia adalah UiTM, UKM, USM, UPM, UTM, UNIMAS, UMT, UniMAP, UMP, UNITEN, UTEM, UNISHAMS, KUIS, UNISZA, OUM, PUO dan Kolej Universiti Penguruan Ugama Seri Begawan, Brunei.

Adapun proses menghasilkan tesis adalah satu proses yang memerlukan kemahiran tinggi dalam penggunaan MS Word dan Windows. Justeru, ianya perlu ditulis dengan proses yang betul dan bukan hanya bergantung kepada intipati kandungan semata-mata. Kaedah ini menjadikan sesuatu tetapan format tesis itu sendiri menjadi mudah dengan pengunaan ciri maju Template dan Style. Untuk memudahkan pelajar memformat tesis, Dr Mohd Zuli telah mengambil pendekatan dengan mengadakan Bootcamp Memformat Tesis secara percuma kepada semua pelajar secara dalam talian. Bootcamp ini sedang dan terus diadakan pada setiap minggu selama satu jam yang disertai oleh ramai pelajar pascasiswazah dari pelbagai universiti di Malaysia dan juga Brunei. Ia memberi tumpuan kepada kaedah memformat tesis berdasarkan modul yang telah dibangunkan seperti pengenalan kepada Kaedah Format MZJ, Tetapan MS Word, Gaya dan Format Templat dalam MS Word dan Memformat Kandungan Tesis. Bengkel percuma yang dibuka kepada pengguna MS Word adalah hasil daripada pengalaman selama 11 tahun berkongsi maklumat dan ia selari dengan buku yang telah diterbitkan pada tahun 2023. Buku ini telah menjadi sumber rujukan memformat dokumen panjang dan mengandungi strategi memformat berjudul “MZJ Formatting Method for Thesis, Book, Dissertation and Final Year Report”.

Bootcamp seperti ini memberi kelebihan yang signifikan kepada pelajar yang ingin berdikari dalam hal penulisan kerana mereka boleh menyelesaikan masalah pemformatan yang dihadapi secara langsung. Kesimpulannya, program percuma Bootcamp Memformat Tesis ini sangat membantu pelajar pascasiswazah dalam penghasilan tesis mereka. Semoga program ini mendapat memberi kesedaran kepada para pelajar pascasiswazah tentang kepentingan format tesis.

Penulis:
Dr Mohd Zuli Jaafar – Penulis Utama
Nur Atiqah Zaharullil – Penulis Bersama