Pada 2 Julai 2022 yang lalu telah berlangsung program akhir Jasmine Got Talent. Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Jasmine pada jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam. Program yang cukup mendapat sambutan pelajar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar untuk menunjukkan bakat mereka di atas pentas dan juga memberikan peluang untuk pelajar menonjolkan bakat yang terpendam.
Terdapat banyak aksi yang telah ditonjolkan oleh pelajar seperti nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya. Menurut Ketua program iaitu Saudara Ali, program ini telah mendapat sambutan yang hangat dimana Dewan Serbaguna Kolej Jasmine telah dipenuhi dengan kedatangan penonton dan penyokong sehinggakan ada yang sanggup berdiri kerana tidak mencukupi kerusi. Dalam majlis ini juga, pihak penganjur telah mengundang artis jemputan iaitu Amsyar Lee untuk membuat persembahan nyanyian solo daripada beliau.
Program ini juga telah merapatkan lagi hubungan antara Jawatankuasa Perwakilan Kolej dengan pelajar sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar dengan Staf Resident Kolej (SRK).