Seramai 17 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM Kampus Puncak Perdana,Shah Alam telah menjayakan sebuah program secara maya iaitu program Jasmine Photo Appreciation Frontliners. Program yang dirangka untuk melahirkan semangat patriotisme dan rasa kesyukuran ke atas usaha gigih frontliners Malaysia dalam mendepani penularan wabak coronavirus yang telah dilakukan oleh frontliners dan program itu telah berlangsung pada 15 November 2020. Program ini berlangsung selama dua minggu dengan menyiarkan secara rasmi di pelantar maya Facebook dan Instagram JPK Jasmine. Idea di sebalik penganjuran adalah untuk membuka mata para pelajar bahawa di negara Malaysia mempunyai ramai frontliners yang telah banyak mencurahkan bakti dan pengorbanan mereka untuk mencegah penularan wabak Coronavirus Covid 19, mungkin para pelajar terlepas pandang untuk memberi penghargaan yang sewajarnya kepada frontliners negara kerana terlalu sibuk menguruskan uruskan pembelajaran. Oleh itu, tujuan utama pelaksanaan program iaitu memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk menunjukkan sokongan dan penghargaan mereka kepada frontliners negara melalui media sosial. Kaedah pelaksanaan program Jasmine Photo Appreciation Frontliners bagi kesemua peserta diberikan peluang untuk berfoto dengan warna pemakaian yang mengikut syarat yang telah ditetapkan. Selain itu juga, Cara bergambar adalah bebas sambil memegang sekeping kertas A4 yang bertulis #TerimakasihFrontliners #AndaHeroKami.
Seorang pemenang yang telah dinilai dan dipilih oleh juri iaitu dalam kalangan Staf Residen Kolej (SRK) dan JPK Jasmine. Ganjaran yang diberi kepada pemenang adalah wang tunai sebanyak RM 50, mendapat e-sijil penghargaan dan gambar pemenang telah di posterkan lalu disiakan ke dalam semua akuan media sosial rasmi @JPK.
Menurut pengarah program, Nur Fatihah Binti Md Hassan bersama penasihat program iaitu Puan Nurul Huda Binti Mustapha serta ahli jawatankuasa program yakin bahawa program seperti ini mampu memberi impak yang besar dalam komuniti serta membuka mata khalayak ramai untuk lebih menghargai frontliners negara kerana mereka bukan sahaja sanggup mempertaruhkan nyawa demi memikul amanah yang diberi, malah semua frontliners juga komited dalam melaksanakan tugas hanya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjaga sejak dari awal negara diserang wabak berbahaya sehingga kini. Akhir kata, pihak penganjur program ini percaya serta yakin bahawa cabaran norma baharu bukanlah penghalang untuk menganjurkan sebuah program yang berimpak tinggi.