Building A Better Mental Health

Seramai 120 orang pelajar telah menghadiri sebuah program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine iaitu Building a Better Mental Health. Program yang bertujuan memberi kesedaran dan pendedaham mengenai kesihtam mental ini telah berlangsung pada 4 Disember 2020. Program ini berlangsung selama satu jam dengan menyiarkan secara rasmi di platform Facebook. Idea program ini dianjurkan untuk berkongsikan beberapa tips bagi memastikan kesihatan mental menjadi lebih baik seiring dengan penggunaan tajuk program ini, Building a Better Mental Health. Inspirasi program ini tercetus daripada isu semasa yang berlaku ketika ini, penularan wabak pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan semua perkara terutamanya kesihatan mental. Apabila semua orang terpaksa duduk di rumah dan apabila pelajar terpaksa belajar secara jarak jauh (atas talian), sudah tentu menjadi salah satu penyebab penyakit mental seperti depresi dan stress tatkala seluruh menhadapi penyakit Covid-19.

Seorang panel istimewa dijemput iaitu Dr. Kartini Ilias bagi menjayakan program ini. Beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan dan juga Perunding Psikologi Klinikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam. Pada siaran langsung program ini, sekitar 300 orang penonton yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan juga orang awam. Antara perkara yang dibincang sepanjang siaran langsung program ini ialah perbezaan antara OCD (Obsessive – Compulsive Disorder) dan Perfectionist, tips mengatasi tekanan/ stress dan cara untuk mengenalpasti seseorang itu mempunyai penyakit mental. Selain itu, panel jemputan mejawab semua soalan yang terpilih untuk diajukan kepadanya berkenaan kesihatan mental.

Menurut pengarah program, saudara Ahmad Zamani bin Misfar bersama penasihat program iaitu Puan Masmadianty binti Muhammad serta ahli jawatankuasa program Building a Better Mental Health yakin bahawa program seperti ini mampu memberikan kesedaran dalam komuniti untuk lebih prihatin mengenai masalah kesihatan mental dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya dari pihak professional. Akhir kata, pihak penganjur program ini percaya serta yakin bahawa masalah kesihatan mental mampu dicegah dan dirawat melalui kesedaran masyarakat.