Jaringan Industri ke Al-Baghdadi (Pentagon Maths Sdn Berhad)

Satu sesi perbincangan dan pembentangan produk inovasi Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang telah diadakan di hadapan CEO Pentagon Maths, Encik Farhan Alias (Alumni Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang), Encik Sulaiman Syah dan Cik Umi di menara Al Baghdadi, Selayang, Selangor.

Terdapat 6 kumpulan inovasi telah mengadakan pembentangan untuk 14 produk yang telah dihasilkan dimana produk-produk ini telah memenangi 19 emas, 17 perak dan 5 gangsa di pertandingan inovasi diantara tahun 2015-2022. Antara produk-produk tersebut adalah: –

1. Produk Bantuan Mengenal Huruf Al-Quran
Produk : Simmatch
Pembentang : Pn Norlaila Md Din

2. Produk Matematik
Produk 1 : Enjoy maths
Produk 2 : Olala maths
Pembentang : Pn Norlaila Md Din

3. Produk Menentukan Kos
Produk : Cost it Right (CIR)
Pembentang : Dr Mohamad Azmi

4. Produk Pembelajaran Perakaunan (AOTB)
Produk 1 : Androids Apps
Produk 2 : Card Game
Produk 3 : Board Game
Produk 4 : Board Game Advance
Produk 5 : Helliride
Produk 6 : Eagle eyes
Pembentang : Pn Norlaila Md Din & Dr Mohamad Azmi

5. Produk Pelaporan Masjid
Produk 1 : Integrated Accounting System for Mosque
Produk 2 : SERi
Produk 3 : SEPe
Pembentang : Haji Azizi

6. Produk Pembelajaran Perakaunan (Pelajar)
Produk : The Beste Cyclus
Pembentang : Wan Izzul (Pelajar)

Kerjasama yang bakal diadakan bersama Al-baghdadi Pentagon Maths membuka ruang and peluang untuk diadakan satu memorandum persefahaman (MoU) bagi mensenergikan produk-produk sedia ada dan menghasilkan produk-produk baharu di masa hadapan. Perbincangan yang menjurus kepada pemantapan pedagogi dan metodologi ini telah memberi sedikit sebanyak input kepada kumpulan inovasi daripada UiTM Cawangan Pahang ini. Al-baghdadi Pentagon Maths juga membuka peluang kepada penyelidik-penyelidik untuk melakukan kajian-kajian berkaitan dan mereka sedia bekerjasama untuk menghasilkan kertas-kertas kerja penyelidikan.

Kepakaran yang ada dipihak Al-baghdadi Pentagon Maths dan UiTM akan dapat menghasilkan produk yang lebih mantap dan bermanfaat untuk pelajar-pelajar di semua peringkat.