International Convention on Creative Industry 2024 (PICCI2024)

Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, dengan inisiatif Universiti-Industry Center (UiC) menjemput anda semua bersama-sama memeriahkan Perak International Convention on Creative Industry 2024 (PICCI2024) pada 18 & 19 Mei 2024.

PICCI 2024 merupakan acara yang julung-julung kalinya diadakan bagi mengumpul pemain pemain industri kreatif dan para usahawan dari peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Para pengunjung berpeluang untuk bertemu dan beramah-mesra dengan pakar dan pemain industri dalam pelbagai sub bidang kreatif, antaranya bidang animasi, multimedia, ilustrasi, fesyen, dan kraf.

Melalui acara PICCI 2024, para pengunjung boleh memperolehi kemahiran dan pandangan baharu melalui perbincangan panel, bengkel, dan peluang mengadakan jaringan melalui bengkel-bengkel dan seminar yang akan dianjurkan sepanjang PICCI 2024 berlangsung.

Antara aktivitinya adalah pameran dan jualan produk/perkhidmatan kreatif, seminar perkongsian ilmu usahawan kreatif, demonstrasi aktiviti kesenian dan banyak lagi acara menarik untuk pelawat.

Semua di jemput hadir! Ayuh! Masuk adalah percuma!

PICCI
Perak International Convention on Creative Industry
18 & 19 Mei 2024

Dewan Seri Iskandar UiTM Cawangan Perak

Untuk Maklumat Lanjut:

https://www.facebook.com/piccipji?mibextid=LQQJ4d

https://instagram.com/piccipji?igshid=MzRlODBiNWFlZA==