Interior Design Professionalism and Practice in Maldives

Webinar antarabangsa siri ke-2 yang diaturkan oleh ahli jawatankuasa Konferen, Seminar dan Pameran (KonSeP), Pusat Pengajian Senibina Dalaman (PPSD) dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) telah dijalankan pada 6 November 2020. Berlangsung selama dua jam, topik webinar ini adalah ‘Interior Design Professionalism and Practice’ di Maldives terutamanya dalam projek perhotelan. Perbincangan dilanjutkan dengan isu kesan pandemik Covid-19 terhadap industri pembinaan dan senibina dalaman di Maldives. Pensyarah PPSD, Nor Hazirah Hasri telah menjalankan peranan sebagai moderator bagi sesi webinar yang disertai oleh 101 peserta ini. Turut hadir ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSPU, Sr. Dr. Mohamad Sufian Hasim.

Panel utama ialah Mrs. Shahuryna Mohamed, pereka dalaman professional yang diundang khas dari Maldives. Beliau merupakan graduan ‘Bachelor of Arts (Hons) Interior Architecture and Design’ dari KBU University, Malaysia. Telah berkecimpung selama 10 tahun dalam bidang senibina dalaman terutamanya dalam projek pusat peranginan dan perhotelan, beliau kini mengendalikan syarikat AIDIZ Private Limited sebagai pengasas dan juga ‘Principal Designer’. Perjalanan karier beliau yang terdahulu adalah termasuk pengalaman bekerja di Atoll Arch Pvt. Ltd. selama 4 tahun dan 4 tahun lagi bersama Hannan Yoosuf Architects Pvt. Ltd.

PPSD berterima kasih atas kesudian Mrs. Shahuryna Mohamed untuk berkongsi pandangan dan pengalaman beliau dalam bidang senibina dalaman di Maldives dan juga kesan pandemik Covid-19 terhadap industri pembinaan perhotelan di negara tersebut khasnya.