Inovasi Hijau “My Diy Soap – Waste To Wealth”

26 MEI 2022 (KHAMIS)-  Satu projek inovasi hijau dan kolaborasi bersama komuniti telah berjaya dilaksanakan diantara Pusat Hijau UiTM atau lebih dikenali sebagai UiTM Green Centre (UGC) bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sg Buloh. Program “My DIY Soap” ini turut melibatkan pelajar-pelajar daripada Program Teknologi Persekitaran (AS229), Fakulti Sains Gunaan (FSG). Seramai 20 orang pelajar telah menjadi fasilitator kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Saujana Utama di dalam satu bengkel inovasi pembuatan “My DIY Soap”. Program ini bertujuan untuk membudayakan pengurusan “Waste to Wealth” di kalangan komuniti setempat dan seterusnya dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa untuk memelihara alam sekitar.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Puan Zazaluma Harun, inisiatif projek inovasi hijau dibawah Panitia Sains SK Saujana Utama bersama UiTM Green Centre dan pelajar FSG ini adalah susulan daripada program pengumpulan minyak masak terpakai yang telah berjaya dilakukan di sekitar kawasan Saujana Utama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Program ini juga berobjektifkan untuk memupuk minat pelajar terhadap projek inovasi dan mendidik para pelajar tentang pengurusan sisa yang lebih lestari. Disamping itu, inisiatif ini juga dapat mengeratkan hubungan diantara pihak sekolah dengan Warga Universiti Teknologi MARA untuk menjalinkan kolaborasi strategik yang bermanfaat dimasa hadapan.

UiTM Green Centre (UGC), PPII telah diketuai oleh Pengarah UGC, Prof Madya Datin Dr Arnis Asmat, Timbalan Pengarah UGC, Prof Madya Ts. Dr Khairi Khalid dan turut dibantu oleh Koordinator Greenation, Prof Madya Dr Shahril Fadli, Felo UGC, Dr Faeiza Buyong dan Prof Madya Dr Laura Christ Dass, Staf Pentadbiran dan Pelajar Latihan Industri di UGC UiTM.

Tajuk Asal:

Inovasi Hijau “My Diy Soap – Waste To Wealth” : Kolaborasi Diantara UiTM Green Centre (UGC), PPII Bersama Sekolah Kebangsaan Saujana Utama Sg Buloh Dan Pelajar Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM