“IKIMASHOU MIN’NA : CLIMB TO THE TOP” , membina stamina dalam aktiviti lasak.

“IKIMASHOU MIN’NA” berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud jom kawan. Ungkapan menarik ini adalah untuk mengajak pelajar menyertai aktiviti ini. CLIMB TO THE TOP pula membawa maksud aktiviti pendakian yang dijalankan sehingga ke puncak dimana ia merupakan garisan penamat. Aktiviti ini adalah anjuran PENSA (Penang Nursing Students Association) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam yang melibatkan seramai 40 orang pelajar dan 3 orang pengiring (pensyarah) dari program diploma kejururawatan.

Aktiviti ini melibatkan aktiviti mendaki dan beriadah. Para pelajar Diploma Kejururawatan akan mendaki Bukit Bendera dan beriadah di puncak Bukit Bendera dengan melakukan pelbagai aktiviti yang ada di puncak tersebut seperti meninjau pemandangan Pulau Pinang, melawati dataran Lock Love dan dapat melihat model kereta api Bukit Bendera generasi kedua.

Diharap aktiviti seperti ini dapat membantu pelajar membina stamina yang tinggi dalam aktiviti lasak di samping menanam amalan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa Diploma Kejururawatan serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim semua pelajar Diploma Kejururawatan.

Posted Under